Posted 03 Mar 2010 — by anjas asmara
Category Gelagat
Salam pembaca budiman, berlalu sudah musim panas dibumi kangaroo ini. Makanya makin banyaklah penjimatan elektrik dapat dijana dek pengurangan penggunaan kondisi udara dingin (direct translation-aircond. hahahaha). Ketibaan musim luruh kali ini disambut dengan limpahan hujan tanpa henti selama 3 hari lamanya sehinggakan banyak kawasan-kawasan tanah rendah mengalami banjir kilat. Hujan sulung dimusim luruh ini merupakan yang terlebat dan tertinggi dalam sukatan taburan hujan berbanding dengan 5 tahun yang lepas. Di bumi Gatton sahaja, ladang-ladang sayuran kini seakan bertukar wajah menjadi dataran sawah yang penuh airnya.
Hujan tanpa henti sejak beberapa hari cukup menggembirakan sang kodok. Sungguh riak mendendangkan irama yang terhasil dari manipulasi udara di lohong pernafasan tanpa berasa sedikit belas buat sang manusia yang banyak terkandas baju kotor dalam bakul bajunya (penulis tak terkecuali..huhuhuu). Natijahnya, akibat perasaan dengki, maka dapatlah dilihat banyak jasad-jasad si kodok hijau ini bertaburan serata jalanraya (penulis pun mmg suka langgar katak..hahahaha). Udara persekitaran menjadi semakin dingin tatkala musim luruh datang menjelma dan kedinginannya makin terasa tatkala musim dingin menjemput tiba awal Jun nanti. Hmmm, hati penulis diketuk perasaan resah kerana musim dingin dengan penulis memang tidak serasi sejak dari dulu lagi…adoyaiii,beku lah air kencing den nanti…huhuhuuu.
Salam pembaca budiman, kariah Malaysia di Gatton Bumi Permai kali ini menerima ahli baru seramai lapan orang yang datang melanjutkan pengajian dikampus Gatton. Tujuh daripada mereka merupakan pelajar-pelajar siswazah manakala seorang lagi datang melanjutkan pengajian diperingkat pasca-siswazah. Kesemua mereka ini merupakan pelajar dibawah tajaan JPA. Seperti kelaziman warga Gatton sebelum ini, bagi menyambut ketibaan pelajar baru dari Malaysia, satu majlis ramah mesra pasti diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama warga kariah sambil dapat berkenalan dengan lebih mesra lagi.
Tuan rumah bagi majlis ramah mesra kali ini adalah rumah abg Abu dan isterinya kak Faezah. Rumah mereka dipilih adalah kerana lokasinya terletak didalam kampus yang mana dapat memudahkan kebanyakan pelajar baru dari Malaysia untuk sama-sama terlibat memandangkan kebanyakan mereka menginap di asrama yang disediakan oleh pihak universiti didalam kampus. Sebagai tok penghulu dikariah Gatton Bumi Permai ini, penulis mengucapkan selamat datang ke Gatton dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga kecil kami.
Posted 02 Mar 2010 — by anjas asmara
Category Gelagat
Salam pembaca budiman. Seminggu lebih lamanya penulis tak dapat menjengah laman sendiri. Dek kerana masalah teknikal yang melanda, struktur laman terpaksa mengalami pengubahsuaian yang drastik kerana tiang serinya rapuh dimamah anai-anai (theme yg lepas tu kena bugs). Sedih. Namun itulah harga yang terpaksa dibayar bila kita mula menjebakkan diri dengan jaringan tanpa wayar ini. Cukup disini, kembali kepada kepala tajuk kali ini, ‘Meriah kembali’. Ya pembaca budiman, kampus kecil Gatton yang terletak dihulu arus pembangunan ini kini mula dibanjiri dengan warga siswa yang baru mahupun yang lama. Dengan bermulanya semester yang baru, makanya banyaklah harapan dan impian mereka ini dijana demi memajukan diri dengan ilmu yang ada.
Seronok bila melihat padang yang dahulunya kosong kini dipenuhi dengan kumpulan kecil siswa-siswi menelaah bersama-sama. Seronok juga melihat gelagat mereka kehulu-kehilir mencari lokasi bilik kuliah pada hari pertama kuliah diadakan. Hati kembali riang bila lorong-lorong sepi dipenuhi dengan warga siswa yang mudik kesana kemari untuk membuat temujanji dengan tenaga pengajar mereka. Cuma satu sahaja, tak banyak, cuma SATU sahaja yang penulis sangat-sangat TAK SERONOK bila semester baru ini bukak….punyelah susah aku nak cari parking kereta!!!! Naik berpeluh celah ketiak ngan kangkang aku berjalan dari tempat parking yang maha jauhnya! Damn!!! Huhuhuhuhuuu…
Salam pembaca budiman. Agak lama laman ini kosong. Kosong tanpa sebarang bicara. Apa mungkinkah kekosongan minda melanda penulis tika ini. Ada mungkin benarnya. Minda untuk aktif berkarya dilaman ini semakin susut dayanya dek hambatan urusan penulisan ilmiah yang perlu dilaksanakan dengan seberapa segera. Ditambah dengan suasana cuaca yang masam-masam manis hendaknya, maka makin menjadi-jadilah kelembapan minda ini untuk ligat mengeluarkan isinya.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini. Dalam dua-tiga hari yang lalu, mukim Gatton serta kawasan yang koordinat geografinya melingkungi lingkungan radius 200 km luasnya telah menerima taburan hujan yang paling lebat sepanjang sembilan tahun kebelakangan ini. Natijahnya, beberapa kawasan dipinggiran kota metropolitan Brisbane seperti Toowong dan Milton telah mengalami banjir kilat setelah hujan lebat turun tanpa henti selama beberapa jam. Ramai penghuni disini berasa sungguh gembira kerana tanah kering selama sedekat yang lalu kini mula dibasahi rahmat dari langit. Mujur kawasan di lembah Gatton ini tidak mengalami banjir namun dapat dilihat banyak kawasan tanaman sayur-sayuran musnah kerana digenangi air yang bertakung. Ini sedikit pun tidak merunsingkan petani-petani disini kerana mereka optimis musim menanam akan datang hasilnya pasti berlipat kali ganda dek terdapatnya sumber air yang mencukupi.
Penulis pula berada in stress mode kerana time musim hujan ni lah wiper cermin depan kereta bela bahagian pemandu tak boleh berfungsi langsung. Chaiittt!! Duiiitt lagi…huhhuhuuu.
Posted 06 Feb 2010 — by anjas asmara
Category Gelagat
Posted 05 Feb 2010 — by anjas asmara
Category Umum
Salam pembaca budiman, minggu lalu penulis ada menerima pekeliling yang dikeluarkan oleh KPT dan JPA mengatakan lantikan terus pensyarah yg mempunyai PhD ke Gred DS51 dihentikan kerana terdapat pihak yang kurang berpuas hati dengan perlaksanaan skim tersebut. Sebelum ini, pensyarah yg mempunyai PhD dilantik ke Gred DS45 dan bagi menarik minat pegawai-pegawai akademik melanjutkan pengajian keperingkat tertinggi, Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan insentif ini bagi meningkatkan bilangan pensyarah yang mempunyai PhD di IPTA-IPTA seluruh negara.
Sedih dan hilang semangat, itulah yg mampu dilontarkan oleh penulis. Apakah KPT dan JPA membuat satu-satu polisi dan mengubahnya hanya kerana terdapat sebilangan kecil kelompok manusia yang sungguh dengki hasatnya. Sekiranya alasan seperti masalah ekonomi diberikan, mungkin kami bakal cendiakawan mampu menerimanya. Tapi alasan yang diberikan sungguh kurang matang. Disini, terserlah kekurangan professionalism badan-badan ini. Penulis sedia maklum bahawa kenyataan ini mungkin bakal mengundang amaran keras dari pihak yang berwajib, tp sebagai manusia yang rasional pemikirannya, penulis percaya sesiapa pun akan bertindak perkara yang sama sekiranya ruang dan peluang untuk menikmati kesenangan dihalang. Wallahualam.
Nota kakicagu: Lampiran pekeliling dimuatkan dalam laman gambar utk tatapan bersama.
Posted 30 Jan 2010 — by anjas asmara
Category Gelagat
Salam pembaca budiman. Melihat pada tajuk diatas, mungkin ramai yang mula membuat persepsi tersendiri. Mungkin persepsi yg putih jernih, juga mungkin persepsi kuning..hehehee. Bagi penulis, seminggu ini, lembah Lockyer (mukim Gatton dan sekitarnya) menerima limpahan hujan yang maha banyaknya. Lewat 24jam yang lalu, hujan lebat selama sejam lebih berjaya mengisi anak-anak sungai yang kontang keadaannya sebelum ini. Walaupun hanya setinggi buku lali dalamnya, namun keadaan ini cukup menggembirakan segenap penghuni gugusan lembah Lockyer tercinta ini. Bagi penulis pula, syukur kehadrat Ilahi kerana sedikit sebanyak limpahan hujan ini mampu mengurangkan suhu persekitaran yang membahang panasnya. Aktiviti ketika hujan? Tidur menyelimuti badan yg keding ni..hehehhee
Posted 25 Jan 2010 — by anjas asmara
Category Umum
Salam, cuma ingin berkongsi kegembiraan yang tak seberapa ni..hehehe. Bila dibuka email universiti hari ini, penulis menerima email mengenai keputusan permohonan geran perjalanan bagi menghadiri seminar atas tajaan school tempat penulis menjalankan penyelidikan. Ramai juga yang memohon untuk geran tersebut. Walaupun tak banyak, namun geran ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kewangan sebanyak 80% penulis. Dapat jugak penulis menghadiri seminar di Scotland bulan Jun nanti. Alhamdulillah. Berikut dilampirkan email tersebut;
Dear Anjas,
Applications for the November 2009 round of the SAS travel grants have
been reviewed by the School Research Committee and the Head of School.
We are pleased to advise that you have been successful in your
application this round. The School will provide $2,000 towards your
travel. A further contribution may be offered by your advisory team.
Please discuss this matter with your team at your earliest convenience.
Kind regards
Dr Steve Johnston
Chair of Research Committee
School of Animal Studies
The University of Queensland
Posted 25 Jan 2010 — by anjas asmara
Category Jalan-jalan
Salam pembaca budiman. Hampir setengah purnama laman ini tak dikunjungi. Sepanjang waktu tersebut jugalah laman ini sepi tanpa sebarang intipati-intipati nukilan hati. Apakan daya, kemalasan tahap dewa mula datang melanda. Sekiranya diberi alasan lain, sungguh sukar diterima kerana dimana-mana talian internet mudah untuk disambungi. Malas adalah kata sifat yang cukup kena bagi situasi ini. Hehehehee.
Hampir dua minggu yang lalu, penulis mengambil peluang untuk bercuti panjang mengunjungi kaum keluarga ditanah air. Pulangnya penulis adalah atas kehendak urusan kerja yang memerlukan kehadiran penulis disitu. Lagipun memandangkan hampir kesemua kerja-kerja penyelidikan sudah selesai ditambah pula dengan cuti semester, apa salahnya pulang seminggu dua bersua muka dengan keluarga tercinta.
Hujan lebat hampir setiap petang membuatkan pergerakan terbatas. Tak banyak aktiviti uaran yang mampu dilakukan selain duduk berkurung dalam rumah dan tido (aktiviti favourite penulis..hehehee). Syukur segala urusan yang perlu diselesaikan dapat dipercepatkan dan dipermudahkan. Moga-moga dapat melihat hasilnya apabila pulang terus dipenghujung tahun ini. InsyaAllah.